Bonanza Venture Holdings (BVH) telah memberi bantuan kepada lebih orang ramai, dengan memberi barang keperluan asas untuk golongan istimewa dan anak-anak yatim di Ipoh dan di Batu Gajah.
Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menyokong komuniti, BVH telah mengedarkan pek penjagaan kepada 30 keluarga yang mengalami waktu sukar ketika paandemik ini di Flat Harmoni Buntong, Ipoh. Setiap pek, mengandungi beras, minyak masak, mee dan bijirin.
Pasukan BVH juga telah melawati Pusat Jagaan Pertubuhan Kanak-Kanak Cacat Setia di Silibin, Ipoh untuk memberi bekalan makanan dan pembersih untuk kesemua 36 penghuni. Pasukan BVH juga menyampaikan barang keperluan asas kepada 42 penghuni di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat di Batu Gajah. Kedua-dua rumah anak yatim ini hanya bergantung kepada sumbangan awam mengalami kesukaran sepanjang tahun ini kerana kekeringan sumbangan.
Pengarah Operasi Eksekutif Edwin Tan berkata BVH, adalah kumpulan syarikat di Ipoh di mana termasuk Kinta Properties, Meru Valley Resort, Ban Hoe Seng Auto dan Bonanza Educare, telah memberi bantuan untuk keluarga istimewa dan individu yang terkesan dari pandemik melalui pelbagai sumbangan dan inisiatif sukarelawan.
“Kami bangga dapat membantu lebih dari 350 keluarga yang terkesan sepanjang pandemik ini.”
“Pasukan yang biasanya melayani pemain golf dan pelancong telah menggunakan kemahiran mereka untuk menyampaikan pakej keperluan dan menjadi sukarelawan untuk pusat vaksin di PCSH. Bahagian pendidikan kami akan memberi pelajaran tuisyen dalam talian secara percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
“Kami percaya dengan bekerjasama antara satu sama lain dapat menangani pandemik ini.”
Cik Helen selaku Pengerusi Flat Buntong Harmony Rukunn Tetangga berkata, “Banyak penghuni kami di sini adalah warga emas dan kurang upaya sementara yang lain adalah mendapat pendapatan harian. Mereka bergantung kepada insan-insan yang baik dari orang lain untuk bertahan sepanjang tempoh kesukaran ini.”
“Kami bersyukur kepada BVH atas sumbangan ikhlas pek keperluan penjagaan kepada pennghuni kami untuk kali kedua,” kata Cik Helen, ditambaha lagi komunitinya sedang membuat sup di dapur di dalam flat itu.
En Siva, Presiden Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat, Batu Gajah berkata, “Anak-anak yatim memerlukan RM20,000 setiap bulan untuk ditanggung dan oleh kerana “lockdown” kami tidak menerima banyak sumbangan dari orang lain. Lagi menyedihkan, kami tidak dapat mengatur acara untuk menambahkan pungumpulan dana seperti sebelum ini.”
Sejak bermulanya pandemic, kumpulan syarikat BVH telah mengedarkan lebih dari 350 pek keperluan penjagaan untuk keluarga-keluarga yang terkesan, menggalakkan pekerja menjadi sukarelawan di “Perak Chinese Specialist Hospital (PCSH)” di pusat vaksin, membuka pusat penjagaan harian kanak-kanak untuk anak kepada pekerja barisan hadapan dan membantu pelajar sekolah rendah dan menengah dengan memberi kelas tuisyen dalam talian secara percuma.
Kinta Properties juga memberi tawaran rebat istimewa RM5k atau 1%, mengikut mana yang tertinggi, untuk membantu pekerja dalam kecemasan untuk mencari rumah baru. Rebat istimewa ini adalah ditambah bersama tawaran yang sedia ada apabila membeli rumah di Bandar Baru Sri Klebang.
Jika anda risau tentang pihak yang terkesan di dalam komuniti anda, anda boleh menghubungi pasukan amal di kawasan anda. Maklumat lanjut anak-anak yatim:
1) Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah, 05 – 365 6197
2) Pusat Jagaan Pertubuhan Kanak-Kanak Cacat Setia, 05 – 527 0355